Berdasarkan pengalaman kerja saya, setiap majikan ada sikap yang dia suka pada pekerja tersebut sebelum di ambil sebagai pekerja. Ada majikan yang suka pekerjanya berpelajaran tinggi, sampai ada master atau Phd. Ada pula yang tidak berapa pentingkan pelajaran tinggi, janji kerja rajin dan pembersih. Ada pula majikan yang pentingkan pengalaman bekerja. Bak kata orang, "rambut sama hitam, hati sapa yang tahu".
Namun, dunia semakin berubah. Zaman teknologi memungkinkan sebahagian pemegang ijazah memiliki sifat dinamik serta berkebolehan secara holistik. Boleh jadi juga ada pemegang ijazah yang hanya boleh berkata-kata apabila ada buku atau manual pekerja (SoP) di tangan mereka.
Berdasarkan kajian The National Association of Colleges and Employers (NACE), di sebalik kepesatan pembangunan dan kemahiran penggunaan teknologi dan perisian, majikan lebih mementingkan karakter pekerja itu sendiri seperti kebolehan membuat keputusan, bekerja dalam kumpulan, kemahiran komunikasi dan membuat perancangan.
Jadi, kriteria yang bagaimanakah yang menjadi idaman para majikan dalam mengambil seseorang bekerja?
1. Kualiti Pertama Yang Majikan Cari Ialah Kecerdasan
Dalam setiap kajian, didapati bahawa 76 peratus daripada produktiviti dan sumbangan pekerja akan ditentukan oleh tahap kecerdasannya. Kecerdasan dalam konteks ini bermaksud keupayaan untuk merancang, menganjur, menetapkan keutamaan, menyelesaikan masalah dan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.
Kecerdasan merujuk kepada tahap akal dan keupayaan praktikal pekerja dalam menangani cabaran dunia pekerjaan. Cara asas seorang majikan menilai tahap kecerdasan anda ialah melalui cara anda bertanya soalan—sama ada ia soalan yang bijak atau sebalikya.
Sifat ingin tahu dan banyak bertanya juga menonjolkan ciri kecerdasan dan bersifat aktif. Lebih banyak anda bertanya soalan yang baik dan mendengar jawapan, anda akan lebih banyak dan cepat belajar mengenai skop kerja/tugasan anda.
2. Kualiti Kedua Dicari Majikan Ialah Keupayaan Kepimpinan
Kepimpinan adalah kesanggupan dan keinginan untuk menerima tanggungjawab untuk membuat keputusan. Ia adalah keupayaan untuk menjaga, menjadi sukarelawan untuk satu-satu tugasan dan menerima akauntabiliti dalam mencapai keputusan yang dikehendaki daripada staf yang terlibat dengan tugasan yang berkaitan.
Ciri seorang yang berkepimpinan ialah tidak gemar beralasan. Anda menunjukkan kesediaan anda untuk menjadi pemimpin dalam organisasi dengan menawarkan untuk berusaha mencapai matlamat syarikat dan mencari strategi untuk mencapai matlamat tersebut.
3. Integriti Adalah Kualiti Yang Ketiga Dicari Oleh Majikan
Ia merupakan kualiti yang paling penting untuk kejayaan jangka panjang dalam kehidupan, lebih-lebih lagi di tempat kerja. Tahap integriti diri boleh dinilai melalui sejauh mana anda jujur pada diri sendiri. Jika anda mampu bersikap jujur dengan diri sendiri, anda juga akan bersikap jujur dengan semua orang termasuk majikan dan rakan-rakan pejabat.
Anda bersedia untuk mengakui kekuatan dan kelemahan anda. Anda bersedia untuk mengakui kesalahan yang dilakukan ketika melaksanakan sesuatu tugasan. Jujur, amanah dan positif saling beriringan. Ia membezakan kualiti diri anda dengan pekerja-pekerja lain.

bersambung...
Semua ini berlaku kerana Step yang Pertama iaitu RESUME yang Memikat Majikan
Klik: Untuk Download Rahsia Resume Kerja
Semua ini berlaku kerana Step yang Pertama iaitu RESUME yang Memikat Majikan
Klik: Untuk Download Rahsia Resume Kerja
No comments:
Post a Comment