Keja Kerajaan Swasta : February 2015

Pages

5 + 2 Kesilapan Kritikal Resume Anda 'DiSampahkan'

resume rrk


Kawan saya selalu  kata, "buat resume bukan susah sangat, tak payah belajar bagai". Itu lah sebabnya dia sampai ke hari ini belum dapat kerja. Nak cari kerja kena bersungguh, buat resume pun kena bersungguh juga kawan. Selalu tak anda tertanya, kenapa dah banyak syarikat aku hantar resume, tapi satu pun tak sangkut. Apa la nasibku.
 
Saya kongsikan beberapa Kesilapan Resume :-

Copy & Paste Resume Kawan
Ini sering terjadi pada semua orang, Bila kata, dah buat resume ke belum. Dia cakap dah. Akhirnya dia minta pada kawan copy & paste kawan punya. Hanya tukar nama je. Ini adalah satu kesilapan yang paling besar. Apa dalam resume kawan sudah tentu tidak sama dengan resume anda. Mana mungkin dengan hanya tukar nama sahaja. Resume itu menjadi resume anda.

Data Overloaded
Perkara in terjadi kerana apabila segala butir seperti sekolah tadika, sekolah rendah dan lain-lain tidak berkaitan jawatan yang anda pohon anda mahu masukkan dalam resume anda. Nanti resume anda akan tebal dengan perkara tidak penting sehingga penemuduga malas untuk membacanya.
Ini menjadi sebab resume anda disampahkan.
 

Tulisan atau Font yang Pelik
Pelik tapi benar, ada yang tidak tahu font apa yang terbaik untuk digunakan dalam resume. Jika anda memilih font yang sukar untuk di baca. Bayangkan bakal majikan akan dapat beratus resume, jika resume anda sukar untuk dibaca. dengan segala hormatnya dia akan campak ke tong sampah.
 

Resume Terlalu General
Setiap resume berbeza, jika anda ingin membuat resume untuk pekerjaan cikgu berbeza untuk resume untuk jawatan jurutera. Jika anda buat resume anda General untuk semua, mungkin bakal majikan berasa boring untuk membaca. Pasal resume anda tiada WOW! factor.


Guna Banyak Warna dalam Resume
Resume adalah suatu surat rasmi, bukan satu kertas lukisan. Anda harus buat dia sebagai surat rasmi.
 

Tiada Surat Iringan
Surat Iringan adalah ringkasan kepada resume anda. Kadang kala bakal majikan penat nak baca resume anda yang panjang-panjang. Setakat baca surat iringan dah boleh tahu anda layak atau tidak.

Tidak Faham Keperluan Jawatan
Setiap jawatan berbeza dan mempunyai syarat yang berbeza. Anda perlu pastikan kelayak anda menepati pekerjaan yang dipohon. jika tidak, sia-sia sahaja anda buat resume


Kesimpulan
Resume adalah Pintu Masuk anda memulakan kerjaya anda. Anda seharusnya memberi tumpuan yang tinggi supaya Resume anda Tip Top dan dapat Memikat Majikan Anda.
Jangan buat sambil 'lewa'.

Sekiranya anda serius mahukan kerjaya anda menjadi. Saya syorkan anda merujuk Panduan Penulisan Resume


resume rrk


Review Rahsia Resume Kerja (RRK)

Rahsia Resume Kerja (RRK)



Detik ini saya nak kongsi pasal Rahsia Resume Kerja (RRK).
Ramai yang tahu bahawa Resume merupakan bahagian terpenting untuk mendapatkan kerja.
Tapi ramai yang buat sambil "lewa" je resume mereka. Asal ada je, asal boleh je, ambil je Resume kawan lepastu tukar nama je.
Kalau Itu lah tabiat anda, Jangan salahkan orang lain kalau anda tidak di pilih bekerja di situ. Seorang majikan tidak akan ambil pekerja yang buat kerja sambil
"lewa" je, buat kerja asal ada, buat kerja asal siap.

Baik sahabat-sahabat, Resume Anda adalah Modal yang Paling Besar yang Ada dalam diri anda sekiranya Anda mahu dapatkan kerja.
Ada sahabat kita kata, Buat simple je resume, cukup la. Dia orang bukan tengok resume kita.
Kalau itu sikap kita, jangan terkejut. Bila anda tidak dapat kerja.

Tengok sahabat, betapa penting Resume yang Memikat Majikan.
Anda kena berani berubah, Majikan suka orang yang berani berubah atau "stand up".
Resume yang mantap dan memikat Majikan dapat Meyakinkan majikan untuk ambil kita bekerja.

Positifkan diri sahabat-sahabat.

Saya syorkan Panduan Rahsia Resume Kerja (RRK) InsyaALLAH dapat membantu Anda Buat Resume Lebih Baik

Klik: Panduan Rahsia Resume Kerja (RRK)

Klik : Tempahan Rahsia Resume Kerja (RRK)

 

Kriteria Unggul Pekerja Idaman Majikan

Setiap orang berbeza. Masing-masing mempunyai perangai tersendiri. Ada yang suka orang yang macam ni, ada orang suka yang macam tu. Ini termasuk la majikan kita. Mereka ada kriteria tersendiri dalam memilih pekerjanya.

Berdasarkan pengalaman kerja saya, setiap majikan ada sikap yang dia suka pada pekerja tersebut sebelum di ambil sebagai pekerja. Ada majikan yang suka pekerjanya berpelajaran tinggi, sampai ada master atau Phd. Ada pula yang tidak berapa pentingkan pelajaran tinggi, janji kerja rajin dan pembersih. Ada pula majikan yang pentingkan pengalaman bekerja. Bak kata orang, "rambut sama hitam, hati sapa yang tahu".

Namun, dunia semakin berubah. Zaman teknologi memungkinkan sebahagian pemegang ijazah memiliki sifat dinamik serta berkebolehan secara holistik. Boleh jadi juga ada pemegang ijazah yang hanya boleh berkata-kata apabila ada buku atau manual pekerja (SoP) di tangan mereka.
Berdasarkan kajian The National Association of Colleges and Employers (NACE), di sebalik kepesatan pembangunan dan kemahiran penggunaan teknologi dan perisian, majikan lebih mementingkan karakter pekerja itu sendiri seperti kebolehan membuat keputusan, bekerja dalam kumpulan, kemahiran komunikasi dan membuat perancangan.

Jadi, kriteria yang bagaimanakah yang menjadi idaman para majikan dalam mengambil seseorang bekerja?

1. Kualiti Pertama Yang Majikan Cari Ialah Kecerdasan

Dalam setiap kajian, didapati bahawa 76 peratus daripada produktiviti dan sumbangan pekerja akan ditentukan oleh tahap kecerdasannya. Kecerdasan dalam konteks ini bermaksud keupayaan untuk merancang, menganjur, menetapkan keutamaan, menyelesaikan masalah dan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

Kecerdasan merujuk kepada tahap akal dan keupayaan praktikal pekerja dalam menangani cabaran dunia pekerjaan. Cara asas seorang majikan menilai tahap kecerdasan anda ialah melalui cara anda bertanya soalan—sama ada ia soalan yang bijak atau sebalikya.

Sifat ingin tahu dan banyak bertanya juga menonjolkan ciri kecerdasan dan bersifat aktif. Lebih banyak anda bertanya soalan yang baik dan mendengar jawapan, anda akan lebih banyak dan cepat belajar mengenai skop kerja/tugasan anda.

Kriteria Unggul Pekerja Idaman Majikan

2. Kualiti Kedua Dicari Majikan Ialah Keupayaan Kepimpinan

Kepimpinan adalah kesanggupan dan keinginan untuk menerima tanggungjawab untuk membuat keputusan. Ia adalah keupayaan untuk menjaga, menjadi sukarelawan untuk satu-satu tugasan dan menerima akauntabiliti dalam mencapai keputusan yang dikehendaki daripada staf yang terlibat dengan tugasan yang berkaitan.

Ciri seorang yang berkepimpinan ialah tidak gemar beralasan. Anda menunjukkan kesediaan anda untuk menjadi pemimpin dalam organisasi dengan menawarkan untuk berusaha mencapai matlamat syarikat dan mencari strategi untuk mencapai matlamat tersebut.
Kriteria Unggul Pekerja Idaman Majikan
3. Integriti Adalah Kualiti Yang Ketiga Dicari Oleh Majikan

Ia merupakan kualiti yang paling penting untuk kejayaan jangka panjang dalam kehidupan, lebih-lebih lagi di tempat kerja. Tahap integriti diri boleh dinilai melalui sejauh mana anda jujur pada diri sendiri. Jika anda mampu bersikap jujur ​​dengan diri sendiri, anda juga akan bersikap jujur dengan semua orang termasuk majikan dan rakan-rakan pejabat.

Anda bersedia untuk mengakui kekuatan dan kelemahan anda. Anda bersedia untuk mengakui kesalahan yang dilakukan ketika melaksanakan sesuatu tugasan. Jujur, amanah dan positif saling beriringan. Ia membezakan kualiti diri anda dengan pekerja-pekerja lain.
Kriteria Unggul Pekerja Idaman Majikan

 bersambung...

Semua ini berlaku kerana Step yang Pertama iaitu RESUME yang Memikat Majikan

Klik: Untuk Download Rahsia Resume Kerja




(Kerja Kosong) Kerajaan (Majlis Daerah)

Ok, ini maklumat pantas jawatan
kosong di Majlis Daerah negeri
untuk pelbagai jawatan.

Sebahagian jawatan yang ditawarkan

- JURUTERA J41
- ARKITEK J41
- PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN /
- PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U41
- PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29
- PENOLONG JURUTERA GRED JA29
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
- PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17

-----------------
Semakan Tawaran
-----------------

Buat permohonan secepat mungkin
kerana ianya akan ditutup dalam
masa terdekat.

Semak tawaran di;


Majlis Daerah Yong Peng
jawatan kosong majlis daerah

[+] http://mdyongpeng.gov.my/web/guest/warga/peluang-pekerjaan


Majlis Daerah Kuala Langat (18 FEB)
jawatan kosong majlis daerah

[+] http://www.mdkl.gov.my/home


Majlis Daerah Bachok (TUTUP 18 FEB)
jawatan kosong majlis daerah

[+] http://www.mdbachok.gov.my/e-perjawatan



-----------------
Rujukan Temuduga
-----------------

Untuk bantu anda dalam sesi temuduga,
ramai yang berjaya temuduga menggunakan
rujukan ini

Jika serius boleh terus klik: Rahsia Bijak Temuduga


Nak Tahu Cara Tulis Resume yang Mantap & Memukau Majukan, klik: Rahsia Resume Kerja